ramesh
Tuesday, 16 June 2015
Diri saya
Bekerja di SMK Jementah. Berumur 49 tahun . Pengalaman mengajar 23 tahun .
Kajian tindakan tahun 2015
LAPORAN PELAKSANAAN
KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH
Nama : RAMESH A/L N. KRISHNAN
Sekolah : SMK JEMENTAH
Tarikh : 7.4.2015
Waktu : 8.50 – 10.50
Tingkatan : PU2
Tajuk :
Sebab dan Kebaikan Perdagangan Antarabangsa
Refleksi PdP
Pelajar –pelajar dapat menyenaraikan sebab dan kebaikan
perdagangan antarabangsa dalam latihan yang diberikan. Namun mereka tidak dapat
menghuraikan secara mendalam sebab dan kebaikan perdagangan antarabangsa semasa
menjawap latihan mereka. Ini kerana
mereka kurang yakin terhadap diri sendiri dalam membina menghuraikan sesuatu isi .
Pelaksanaan
Tindakan yang saya jalankan ialah
Dalam usaha
untuk membina keyakinan diri pelajar-pelajar dalam menghuraikan sebab dan
kebaikan perdagangan antarabangsa, saya telah meminta pelajar-pelajar membina
petak tiga lajur seperti di bawah. Misalnya
Membincangkan Kebaikan Perdagangan Antarabangsa
Isi
|
Kata Kunci Isi
|
Huraian Isi
|
1.Meluaskan
Pasaran
|
-Saiz penduduk
- keluaran ditingkatkan
-ekonomi bidangan
-harga rendah –
-meningkatkan pendapatan
negara
|
PAB dapat meluaskan pasaran keluaran tempatan kerana saiz penduduk
dunia jauh lebih besar dari penduduk tempatan . Saiz pasaran yang luas
membolehkan keluaran negara ditingkatkan .Ini membolehkan ekonomi bidangan
diamalkan. Kos purata keluaran menurun dan membolehkan keluaran dijual dengan
harga yang lebih rendah. Harga yang rendah membolehkan barangan tempatan
bersaingan di pasaran antarabangsa. Pasaran yang lebih luas dapat
meningkatkan pendapatan negara.
|
2.Mengimport
Teknologi
|
-teknologi moden
-memperbaiki teknik keluaran
-daya produktiviti meningkat
-keluaran meningkat dan kos
pengeluaran purata menurun
-meingkatkan pendapatan
negara
|
Negara membangun seperti Malaysia kurang memiliki teknologi moden
berbanding negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. PAB
membolehkan Negara mengimport teknologi moden dari luar. Ini
membolehkan teknik pengeluaran dalam negara dipertingkatkan , daya
produktiviti faktor pengeluaran meningkat keluaran negara meningkat dan kos
pegeluaran
purata berkurangan . Pendapatan Negara meningkat .
|
3.Citarasa
|
|
|
4.Pengkhususan
|
|
|
Tindakan ini dijelaskan kepada semua pelajar dan
pelajar-pelajar diminta membuatnya . Selepas satu hari, pelajar –pelajar
tersebut diuji semula dengan meminta menjawap soalan Terangkan kebaikan
perdagangan antarabangsa kepada negara.
Hasil pelaksanaan :
Bil
|
Pelajar PU2
|
Markah
Pra
|
Markah Pos
|
1
|
Pelajar 1
|
3
|
9
|
2
|
Pelajar 2
|
6
|
9
|
3
|
Pelajar 3
|
7
|
10
|
4
|
Pelajar 4
|
9
|
9
|
5
|
Pelajar 5
|
2
|
9
|
6
|
Pelajar 6
|
5
|
9
|
7
|
Pelajar 7
|
4
|
9
|
8
|
Pelajar 8
|
9
|
10
|
9
|
Pelajar 9
|
9
|
9
|
10
|
Pelajar 10
|
8
|
10
|
11
|
Pelajar 11
|
2
|
9
|
12
|
Pelajar 12
|
7
|
9
|
13
|
Pelajar 13
|
1
|
9
|
14
|
Pelajar 14
|
10
|
10
|
15
|
Pelajar 15
|
4
|
6
|
16
|
Pelajar 16
|
9
|
10
|
17
|
Pelajar 17
|
9
|
8
|
18
|
Pelajar 18
|
3
|
9
|
Senarai pelajar
ditentukan berdasarkan buku kehadiran pelajar PU2
Secara keseluruhan majoriti pelajar iaitu 14/ 18
pelajar telah menunjukkan peningkatan
dari segi kualiti jawapan yang diberikan . Pelajar-pelajar mampu memberikan huraian yang lebih terperinci
berbanding sebelum melaksanakan kaedah ini. Walaupun begitu pengolahan jawapan masih perlu
diperbaiki kerana mereka kurang menguasai Bahasa Melayu . Terdapat 3 pelajar
tiada perubahan markah namun mereka telah mencapai 9/10 markah bagi latihan
yang diberikan. Terdapat seorang pelajar yang mengalami kemerosotan . Bantuan
tambahan perlu diberikan kepada pelajar tersebut. Memandangkan kaedah ini
memberi kesan positif kepada pelajar
maka pengkaji berharap ianya dapat dilaksanakan bagi semua tajuk yang diajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)