Tuesday, 16 June 2015

Kajian tindakan tahun 2015

LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN BERASASKAN SEKOLAH
Nama : RAMESH A/L N. KRISHNAN
Sekolah : SMK JEMENTAH
Tarikh                    : 7.4.2015
Waktu                   : 8.50 – 10.50
Tingkatan            : PU2
Tajuk                     : Sebab dan Kebaikan Perdagangan Antarabangsa
Refleksi PdP
Pelajar –pelajar dapat menyenaraikan sebab dan kebaikan perdagangan antarabangsa dalam latihan yang diberikan. Namun mereka tidak dapat menghuraikan secara mendalam sebab dan kebaikan perdagangan antarabangsa semasa menjawap latihan mereka.  Ini kerana mereka kurang yakin terhadap diri sendiri dalam membina  menghuraikan sesuatu isi .
Pelaksanaan Tindakan yang saya jalankan ialah
Dalam usaha untuk membina keyakinan diri pelajar-pelajar dalam menghuraikan sebab dan kebaikan perdagangan antarabangsa, saya telah meminta pelajar-pelajar membina petak tiga lajur  seperti di bawah. Misalnya Membincangkan Kebaikan Perdagangan Antarabangsa
Isi
Kata Kunci Isi
Huraian Isi
1.Meluaskan
   Pasaran
-Saiz penduduk 
- keluaran  ditingkatkan
-ekonomi bidangan
-harga rendah –
-meningkatkan pendapatan
 negara
PAB dapat meluaskan pasaran keluaran tempatan kerana saiz penduduk dunia jauh lebih besar dari penduduk tempatan . Saiz pasaran yang luas membolehkan keluaran negara ditingkatkan .Ini membolehkan ekonomi bidangan diamalkan. Kos purata keluaran menurun dan membolehkan keluaran dijual dengan harga yang lebih rendah. Harga yang rendah membolehkan barangan tempatan bersaingan di pasaran antarabangsa. Pasaran yang lebih luas dapat meningkatkan pendapatan negara. 
2.Mengimport
   Teknologi
-teknologi moden
-memperbaiki teknik keluaran
-daya produktiviti meningkat
-keluaran meningkat dan kos
 pengeluaran purata menurun
-meingkatkan pendapatan
  negara  
Negara membangun seperti Malaysia kurang memiliki teknologi moden berbanding negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. PAB
membolehkan Negara mengimport teknologi moden dari luar. Ini membolehkan teknik pengeluaran dalam negara dipertingkatkan , daya produktiviti faktor pengeluaran meningkat keluaran negara meningkat dan kos pegeluaran
purata berkurangan . Pendapatan Negara meningkat   .
3.Citarasa


4.Pengkhususan


Tindakan ini dijelaskan kepada semua pelajar dan pelajar-pelajar diminta membuatnya . Selepas satu hari, pelajar –pelajar tersebut diuji semula dengan meminta menjawap soalan Terangkan kebaikan perdagangan antarabangsa kepada negara. 
Hasil pelaksanaan :
Bil
Pelajar PU2
Markah  Pra
Markah Pos
1
Pelajar   1
3
9
2
Pelajar   2
6
9
3
Pelajar   3
7
10
4
Pelajar   4
9
9
5
Pelajar   5
2
9
6
Pelajar   6
5
9
7
Pelajar   7
4
9
8
Pelajar   8
9
10
9
Pelajar   9
9
9
10
Pelajar   10
8
10
11
Pelajar   11
2
9
12
Pelajar   12
7
9
13
Pelajar   13
1
9
14
Pelajar   14
10
10
15
Pelajar   15
4
6
16
Pelajar   16
9
10
17
Pelajar   17
9
8
18
Pelajar   18
3
9
 Senarai pelajar ditentukan berdasarkan buku kehadiran pelajar PU2

Secara keseluruhan majoriti pelajar iaitu 14/ 18 pelajar  telah menunjukkan peningkatan dari segi kualiti jawapan yang diberikan . Pelajar-pelajar mampu  memberikan huraian yang lebih terperinci berbanding sebelum melaksanakan kaedah ini.  Walaupun begitu pengolahan jawapan masih perlu diperbaiki kerana mereka kurang menguasai Bahasa Melayu . Terdapat 3 pelajar tiada perubahan markah namun mereka telah mencapai 9/10 markah bagi latihan yang diberikan.   Terdapat seorang  pelajar yang mengalami kemerosotan . Bantuan tambahan perlu diberikan kepada pelajar tersebut. Memandangkan kaedah ini memberi kesan positif  kepada pelajar maka pengkaji berharap ianya dapat dilaksanakan bagi semua tajuk yang diajar.

No comments:

Post a Comment