Tuesday, 16 June 2015

Tajuk Penting Ekonomi Tahun 2015

Tajuk-Tajuk Penting Makroekonomi Tahun 2015
Bab 1 : Pengenalan
1.Apakah yang dimaksudkan Kitaran Perniagaan. Dengan bantuan rajah terangkan bagaimana belanjawan Negara dapat membantu   mengawal kitaran perniagaan .
Kuantitatif :
1.Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Negara Kasar nominal , indeks harga dan jumlah penduduk negara Malaysia bagi tempoh 2010 hingga 2012.   
Butiran
2010
2011
2012
Keluaran Dalam Negara Kasar nominal ( RM juta )
     55 225
           60 950
         66 325
Indeks harga
           100
                104
              107
Jumlah penduduk ( RM juta )
        10.35
             11.05
           11.50
 a.Apakah yang dimaksudkan KDNK nominal ( 1m)
b.Hitung     i. KDNK benar       ii. KDNK benar  perkapita           antara tahun 2010 hingga 2012      ( 3m)
c.Hitung i. kadar pertumbuhan ekonomi      ii kadar pertumbuhan kebajikan    bagi tahun 2011 dan 2012.
d.Berdasarkan jawapan dalam  c , adakah taraf hidup rakyat negara telah meningkat pada tahun 2011 dan 2012( 2m)
e.Nyatakan dua masalah yang dihadapi dalam membandingkan taraf hidup antara masa

Bab 2 : Perakaunan Pendapatan Negara
1.Pendapatan Negara – kaedah  perbelanjaan  2.Kelemahan perbandingan taraf hidup - antara masa.
2.Soalan kuantitatif – kaedah  perbelanjaan dan data berkaitan bab 1
1a.  Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan faktor bersih luar negeri?   [2]
   b  Jadual di bawah menunjukkan data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK) Malaysia (RM juta)   
       pada harga tetap tahun 1987.
Butiran
2000
2001
KDNK
209 365
213 585
KNK
190 324
195 052
                               (Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2001/2002)
Berdasarkan jadual di atas,
 i.berapakah pendapatan faktor bersih luar negeri pada tahun 2000 dan 2001?  [2]
ii.apakah kesan nilai pendapatan faktor bersih luar negeri yang diperoleh pada tahun 2000 dan 2001 itu kepada ekonomi negara?
iii.hitung kadar pertumbuhan ekonomi berdasarkan nilai KDNK dan KNK,            [2]
iv.antara KDNK dengan KNK, yang manakah yang lebih sesuai menggambarkan pertumbuhan ekonomi Malaysia? Mengapa?           (2)               


2.Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) benar bagi negara A dan negara B dari tahun 1998 hingga tahun 2000.
Tahun
KDNK benar (RM bilion)
Negara A
Negara B
1998
1999
2000
2217
2407
2576
4317
4879
5855
(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2000/2001)
(a)     Apakah yang dimaksudkan dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar benar? Dengan menggunakan data KDNK benar, terangkan bagaimana kadar pertumbuhan ekonomi diukur.                                                                                                 [3]
(b)     Hitung kadar pertumbuhan KDNK benar negara A dan negara B pada tahun 1999 dan tahun 2000. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang pertumbuhan ekonomi di kedua-dua negara tersebut?                                                    [3]
(c)     Bolehkan dikatakan negara B lebih makmur daripada negara A? Jelaskan.                                                                 [4]
Bab 3: Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara 2/3/4 Sektor
1.Proses pengganda – guna jadual atu rajah    - 2 sektor – perubahan I  atau 3 sektor- perubahan G            
2.Kesan  cukai lump sum/sekaligus  ke atas fungsi  C ,S , AE dan YN
 3.Keseimbangan P dan PN – pendekatan AD = AS – kesan perubahan faktor   AD/AS
4.Hubungan C , S dan Pendapatan Negara     
5.Keseimbangan eko 4 sektor – bocoran =suntikan serta kesan perubanan X , M atau kedua-duanya
6. Maksudkan KDNK dan KNK , perbezaan KDNK dgn KNK , KNB hf dgn KNK hP , KNK B dgn KNK N( atau hubungan)
7.Faktor pengaruh pelaburan 
8 .Kuantitatif  - keseimbangan ekonomi 3 dan 4 sektor  ( contoh )
1.Yang berikut ialah data komponen perbelanjaan dalam sebuah ekonomi terbuka (RM juta).
Fungsi penggunaan (C) = 260 + 0.8Yd,     Pelaburan (I) = 400,      Perbelanjaan kerajaan (G) = 300,    Eksport (X) = 500,
Import (M) = 100 + 0.2Y,     Cukai sekali gus (T) = 200.
    Berdasarkan maklumat di atas,
(a)     hitung pendapatan negara keseimbangan dalam ekonomi tertutup dan ekonomi terbuka,                                        [3]
(b)     dengan menggunakan pendekatan suntikan-bocoran, lakar gambar rajah yang menunjukkan keseimbangan dalam ekonomi tertutup dan ekonomi terbuka,                 [4]
(c)     hitung eksport bersih pada tingkat keseimbangan dalam ekonomi terbuka,                                                                  [1]
(d)    hitung peratusan sumbangan penggunaan isi rumah dan eksport terhadap pendapatan negara dalam ekonomi terbuka. Tentukan sektor yang memberikan sumbangan tertinggi.                                                                                                    [2]
2.Apakah maksud cukai langsung dan cukai tak langsung? Berikan satu contoh bagi setiap jenis cukai berkenaan. [2]
(a)     Jadual menunjukkan data cukai langsung, cukai tak langsung, hasil bukan cukai, dan KDNK pada tahun 2000 hingga tahun 2003.
Butiran                        Tahun                                           
2000
(RM juta)
2001
(RM juta)
2002
(RM juta)
2003
(RM juta)
Cukai langsung
Cukai tak langsung
Hasil bukan cukai
KDNK
29 156
18 017
14 691
209  959
42 098
19 393
18 076
210 640
44 351
22 510
16 654
219 309
46 481
22 690
19 997
229 287
        i.Berdasarkan jadual di atas, hitung kadar pertumbuhan hasil kerajaan dari tahun 2001 hingga tahun 2003        [3]
        ii.Kadar pertumbuhan KDNK pada tahun 2001, 2002, dan 2003.                                                                     [2]
(a)     Berdasarkan jawapan anda pada soalan (b), terangkan kesan kadar pertumbuhan hasil kerajaan terhadap kadar pertumbuhan KDNK. Adakah kesan tersebut selaras dengan teori penentuan keseimbangan pendapatan negara? Jelaskan. [3]
     3.Jadual di bawah menunjukkan data tentang jumlah cukai, jumlah perbelanjaan kerajaan Persekutuan Malaysia, dan Keluaran      
     Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia.
Tahun
Jumlah cukai(RM juta)
Jumlah perbelanjaan kerajaan (RM juta)
KDNK (RM juta)
2001
2002
2003
2004
61 491
66 861
64 891
70 759
97 989
103 768
113 536
116 831
211 277
219 988
231 674
247 880
                       (Sumber: Kementerian Kewangan, Laporan Ekonomi, 2004/2005)
(a)     Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan kerajaan?                                                                                                              [1]
(b)     (i) Hitung belanjawan kerajaan Malaysia pada tahun 2001 hingga tahun 2004.                                                          [2]
(ii) Terangkan arah aliran belanjawan Malaysia dari tahun 2001 hingga tahun 2004.                                                                [1]
(c)     Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2002 hingga tahun 2004.                                                                  [2]
(d)     Hitung kadar pertumbuhan perbelanjaan kerajaan pada tahun 2002 hingga tahun 2004.                                         [2]
(e)     Berdasarkan jawapan anda pada soalan (b) dan (c), adakah pengalaman Malaysia selaras dengan teori keseimbangan pendapatan negara? Huraikan.                                                                                                                                      [2]
    Bab 4: Peranan Wang Dalam Ekonomi
    1.Proses penciptaan kredit  2. Peranan bank pusat    3. Dasar kewangan untuk  atasi deflasi
    4.Teori Fisher dan kritikan terhadapnya oleh Keynes
    Soalan Kuantitatif
   1.Andaikan bahawa Bank A menerima deposit tunai sebanyak RM1000 dan memberikan pinjaman 80% daripada deposit ini. Bank
    pusat menetapkan nisbah nizab bank perdagangan sebanyak 20%.
(a)     Sekiranya semua bank meminjamkan lebihan rizab, hitung perkara yang berikut bagi tiga bank yang pertama yang terlibat dalam proses penciptaan kredit.
i.Jumlah deposit    ii. Jumlah pinjaman yang diberikan    iii. Jumlah rizab yang mesti disimpan                                [3]
(b)     Hitung jumlah deposit dan pinjaman yang wujud dalam proses penciptaan kredit.                                                     [2]
(c)     Berapakah stok wang bertambah akibat tambahan deposit asal sebanyak RM1000?                                                                [2]
(d)     Terangkan secara ringkas tiga perkara yang boleh menghalang proses penciptaan kredit.                                      [3]

2.Sebuah bank perdagangan menerima deposit semasa baru sebyk RM 40 000 dan diandaikan bhw nisbah rizab ialah 20%.
(a)     Apakah yang dimaksudkan dengan pengganda wang? Hitung pengganda wang bank tersebut.                                            [2]
(b)     Dengan andaian bahawa rizab lebihan adalah sifar, tunjukkan kunci kira-kira bank perdagangan tersebut selepas aktiviti pinjaman dilakukan.                                                                                                                                                     [2]
(c)     Hitung jumlah pinjaman yang dapat dicipta setelah tiga peringkat proses penciptaan kredit berlaku.                     [2]
(d)     Hitung tambahan bekalan wang yang dapat diwujudkan oleh ekonomi itu.                                                                   [1]
(e)     Andaikan bahawa bank pusat melaksanakan dasar mengurangkan nisbah rizab kepada 10% untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi yang berada dalam perangkap kecairan.
(i)       Hitung tambahan pinjaman yang dapat diwujudkan oleh bank perdagangan itu.                                                                [1]
(ii)     Jelaskan sama ada dasar ini akan berjaya mengatasi kemelesetan ekonomi.                                                     [2]

Bab 5:  Perdagangan Antarabangsa /Kewangan Antarabangsa
1.Sebab dan Kebaikan PAB           2. Sebab Sekatan PAB       3.Faedah berbanding.
4.Kuantitatif – faedah berbanding  dan imbangan pembayaran (penting)                         
1. Berikut data berkaitan pengeluaran barang X dan barang V di negara A dan negara B.
     Negara

Barang yamg dikeluarkan
Barang X
Barang Y
A
300
180
B
250
100
     i.Apakah yang dimaksudkan faedah mutlak dan faedah berbanding ( 2m)
     ii.Berdasarkan jadual di atas , negara yang manakah yang mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran barang X dan
      barang  Y ( 2m)            iii.Nyatakan dua andaian faedah berbanding ( 1m)
   iv.Hitung jumlah keluaran barang X dan barang Y selepas pengkhususan  dan tunjukkan dalam jadual ( 2m)
    v.Jika diandaikan kadar pertukaran antara barang X dan Barang Y adalah  1Y  : 2X  ., dan negara A memerlukan barang X
       sebanyak  200 unit . Tentukan kuantiti barang X dan barang Y yang dapat digunakan oleh setiap negara selepas PAB ( 3m)
  vi.Adakah kedua-dua negara mendapat keuntungan daripada PAB . Buktikannya ( 3m)

2.Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran, indeks harga pengguna, dan eksport bersih Malaysia dari tahun 1996  
    hingga tahun 1999.
Tahun
Imbangan pembayaran (RM juta)
Eksport bersih (RM juta)
Indeks harga pengguna
1996
1997
1998
1999
6 245
–10 892
40 301
17 819
10 088
10 274
69 216
86 535
107.0
109.9
115.7
118.9
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2000/2001)
(a)      Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan pembayaran dan huraikan arah alirannya?                                     [3]
(b)      (i) Apakah yang dimaksudkan dengan inflasi?                                                                                                                    [1]
(ii) Hitung kadar inflasi dari tahun 1997 hingga tahun 1999.                                                                                             [2]
(c)      (i) Berdasarkan teori, apakah kesan inflasi terhadap eksport bersih dan imbangan pembayaran?                         [2]
(ii) Dengan merujuk kepada jadual yang diberikan, terangkan pengaruh kadar inflasi terhadap eksport bersih dan
    imbangan pembayaran dari tahun 1998 hingga tahun 1999.                                                                                       [2]


 3.a  Apakah yang dimaksudkan dgn pendapatan pelaburan dan akaun semasa dalam imbangan pembayaran?      [2]
(a)      Jadual di bawah menunjukkan perangkaan imbangan akaun semasa dari tahun 1999 hingga tahun  2001.
Tahun
1999 (RM juta)
2000 (RM juta)
2001 (RM juta)
Eksport
Import
Pengangkutan,
Perjalanan
Urus niaga kerajaan
Perkhidmatan lain
Pendapatan pelaburan
Pindahan bersih
319 568
233 519
– 8 464
   6 135
       23
– 8 395
– 20 886
 – 6 567
374 031
294 784
– 11 352
     9 992
          53
  – 9 905
– 28 554
  – 7 522
333 464
264 289
– 10 369
   12 782
          23
– 10 130
– 27 627
  – 8 784
                                                 (Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2001/2002)
Berdasarkan jadual di atas,
(i)       hitung imbangan akaun perkhidmatan                                                                                                                   [2]
(ii)     mengapakah data pengangkutan dan pendapatan pelaburan sentiasa negatif?                                         [2]
(iii)    hitung imbangan akaun semasa                                                                                                                              [2]

(iv)    mengapakah data akaun semasa ini sedemikian?                                                                                              [2]

No comments:

Post a Comment